Idris nafi terlibat dalam iklan syarikat

Datuk Idris Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad menafikan sepenuhnya penglibatan dalam iklan sebuah syarikat.

- Advertisement -

“Syarikat ini telah mengguna pakai gambar saya tanpa pengetahuan pihak saya,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan-iklan seperti itu yang memanipulasi gambar individu-individu tertentu untuk menipu masyarakat. – HARAKAHDAILY 11/5/2023

- Advertisement -