Lawatan dan Mesyuarat PAC Negeri Kedah

- Advertisement -

LAWATAN PAC di Pusat Akuatik Negeri Kedah di Gunung Keriang melihat potensi yang ada untuk rakyat Kedah. 

Kami dimaklumkan banyak agensi kerajaan manfaatkan tempat ini untuk latihan dan kursus menyelamat mereka kerana sebelah Utara, di Pusat Akuatik ini ada kolam sedalam 5 meter berbanding tempat lain yang lebih cetek. 

Pasukan Bomba Penyelamat, APM, IPTA Kedah, Perlis dan Penang juga manfaatkan tempat ini. Begitu juga JKM bagi keperluan warga emas perlukan perhatian khas sebagai rawatan. 

Tempat ini juga dibuka untuk orang awam mulai jam 9:30 pagi sehingga 5:30 petang dan tengahari rehat. Hari Isnin ditutup untuk awam bagi tujuan penyelenggaraan. 

Banyak juga input dan pandangan diberikan untuk Pusat Akuatik ini lebih berkembang dan manfaatnya untuk rakyat Kedah khasnya pelajar-pelajar sekolah dan anak-anak.

YB USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah
ADUN Sungai Limau – HARAKAHDAILY 10/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -