Kukuhkan kedudukan politik Melayu-Islam

Nuridah Mohd Salleh
- Advertisement -

ORANG Melayu itu seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu dan menurut adat Melayu. – Perlembagaan Persekutuan.

- Advertisement -

Yang di-Pertuan Agong berperanan dalam ruang lingkup Islam. Sumpah Baginda adalah untuk memelihara pada setiap masa agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.

Perlembagaan mengesahkan kehidupan masyarakat Melayu tidak boleh terpisah daripada cara hidup Islam yang sempurna, baik dalam urusan aqidah, ibadah, akhlak dan syariat.

Urusan aqidah dan iman bukan urusan individu sahaja menurut sesetengah orang. Apa yang berlaku dalam kes Natrah (1950) dan Nur Aisyah (1998) hakikatnya sangat memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Perjuangan bangsa Melayu adalah perjuangan Islam seperti mana perjuangan Rasulullah SAW. Perjuangan yang mulia ini tidak boleh mengabaikan walau secicip teladan daripada juzuk-juzuk perjuangan Rasulullah SAW.

Jalan yang terbaik untuk mengukuhkan kedudukan politik Islam adalah melalui penyatuan ummah seperti yang dilakukan Rasulullah SAW ketika membangun Madinah.

Perpaduan dalam sesebuah tamadun yang berasaskan kepentingan kuasa dan melepaskan individu daripada tindakan undang-undang bukan konsep sebenar penyatuan ummah.

Menurut Tuan Guru Tan Sri Presiden PAS, antara tiga syarat penyatuan ummah:

i) Islam memimpin
ii) Adil untuk semua termasuk kepada mereka yang memusuhi Islam dan umat Islam
iii) Meliputi seluruh kaum yang tidak ekstrem memusuhi Islam dan syariatnya.

Mereka yang memusuhi Islam sangat cemburu kepada Melayu sejak sebelum merdeka sehingga orang Melayu sentiasa menjadi mangsa kekejaman. Dasar pecah dan perintah telah membuat Melayu masih susah di tanah air sendiri walaupun pasca kemerdekaan.

Hayatilah syair Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Hilmy dalam Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya 1946: “di atas robohnya Kota Melaka, kita bangunkan jiwa merdeka, bersatu padulah segenap baka, membela hak keadilan pusaka”.

Oleh itu, usaha penyatuan ummah oleh PAS ini mesti disuburkan melalui wadah demokrasi seperti yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
10 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 10/5/2023

- Advertisement -