Atlet diminta kurang aktiviti sukan ketika musim panas

Wan Roslan Wan Hamat
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan meminta atlet serta ahli sukan mengurangkan aktiviti sukan susulan keadaan cuaca panas bagi mengelak daripada risiko strok haba.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, setakat ini pihaknya tidak becadang untuk menutup pusat sukan atau stadium.

“Setakat ini kita tidak menutup mana-mana pusat sukan dan stadium. Cuma kita minta ahli sukan supaya mengurangkan sedikit aktiviti yang boleh mendedahkan berlakunya strok haba.

“Kita juga buat perjumpaan dengan pengendali sukan untuk membincangkan mengenai solusi atau langkah lebih selamat dan mengelak aktiviti di tempat terbuka,” katanya semasa menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di pekarangan Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad V, di sini, hari ini.

Hadir masjlis sama, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dato Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff serta pimpinan lain.

Sementara itu Menteri Besar turut menasihati rakyat di negeri itu menjaga keselamatan dan kesihatan terutama dalam keadaan cuaca yang panas sekarang.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kesihatan. Sedia maklum juga perubahan cuaca berlaku bukan sahaja di Kelantan tetapi seluruh Malaysia, Asia dan dunia.

“Oleh itu mesti berhati-hati waktu cuaca panas sebab perubahan cuaca kemungkinan boleh menyebabkan berlaku strok haba. Jadi kita minta supaya rakyat sentiasa berjaga-jaga dan jangan terdedah kepada kepanasan yang luar biasa.

- Advertisement -