
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 25 April (Selasa) iaitu 4 Syawal sebagai hari kelepasan am (cuti peristiwa) negeri itu sempena Hari Raya Aidilfitri.
- Advertisement -
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata arahan berkenaan dipersetujui dan berkuat kuasa serta-merta.
“Kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan hari Selasa, 25 April 2023 sebagai hari kelepasan am bagi negeri Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA











