Benfica yakin mampu bangkit atasi Inter

Roger Schmidt
- Advertisement -

Jurulatih Benfica, Roger Schmidt, menegaskan pasukannya belum tewas walaupun berada di ambang penyingkiran Liga Juara-Juara selepas tewas 2-0 di laman sendiri kepada Inter Milan pada perlawanan pertama suku akhir.

Gol separuh masa kedua oleh Nicolo Barella dan Romelu Lukaku, menyaksikan pasukan Itali itu langkah kanan ke peringkat separuh akhir.

- Advertisement -

“Ketinggalan 2-0 di tempat sendiri memang tidak bagus, tetapi kami berada di separuh masa perlawanan,” kata Schmidt di Estadio da Luz. “Sudah tentu kami boleh pergi ke Milan untuk menang.

“Kami mempunyai detik-detik yang bagus, tetapi bernasib malang dengan penalti dan kami mungkin mempunyai satu atau dua penalti sendiri. Ini bola sepak.”

Barella menjaringkan gol dengan tandukan padu dalam gerakan menyerang untuk memberikan Inter mendahului minit ke-51, tetapi kapten Benfica, Joao Mario memberikan sepakan penalti kepada pasukan pelawat pada minit ke-82.

“Ia adalah perlawanan yang sukar. Saya fikir kedua-dua pasukan mempunyai peluang. Malangnya, kami tidak menggunakan peluang yang ada,” kata jurulatih dari Jerman itu.

“Namun, kami masih kekal bersaing, pemain memberikan segala-galanya. Kami mencipta permainan yang baik, tetapi melepaskan gol kedua hasil sepakan penalti. Itulah kisah permainan ini.”

Kekalahan ini adalah yang ketiga musim ini untuk Benfica, tetapi kedua berturut-turut. Mereka tewas 2-1 di tempat sendiri kepada pencabar terdekat liga, Porto, Jumaat lalu, yang mengurangkan kelebihan pendahuluan dalam kedudukan liga kepada tujuh mata. – REUTERS

- Advertisement -