15 peratus penagih keluar penjara kembali menagih

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini, diberitahu bahawa daripada 100 penagih yang bebas dari tahanan di penjara, seramai 15 orang daripada mereka dikenal pasti kembali ditahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mereka kembali ditahan kerana pelbagai kesalahan, termasuk terjebak semula dengan dadah.

- Advertisement -

Di kampung isterinya di Air Hijau, Machang, beliau berkata suatu ketika dahulu hampir tiada rumah yang bebas daripada gejala penagihan dadah.

“Ada kes kecurian yang berlaku apabila dilaporkan, polis mudah mengenal pasti dan menjumpai semula barangan yang dicuri,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan.

Ahmad Fadhli Shaari

Saifuddin berkata, kerajaan turut mewujudkan Sistem Parol yang membuka peluang kedua untuk banduan memulakan hidup baharu bersama keluarga serta masyarakat.

Daripada 800 banduan yang bebas daripada Parol, katanya hanya seorang yang ditahan semula kerana terbabit semula dengan dadah.

Sistem Parol dilaksanakan di negara ini bermula 2008. Sistem Parol merupakan pelepasan secara Perintah Parol, yang mana penghuni yang layak boleh memohon dilepaskan bagi menjalani baki hukuman di luar penjara.

Sistem Parol meliputi program pemulihan dalam penjara, iaitu Program Pembangunan Insan (PPI) dengan 90 peratus banduan perlu mengikuti program tersebut.

Sistem ini bertujuan memudahkan penerimaan penghuni dalam kalangan keluarga serta masyarakat dalam proses memulihkan banduan.

Kes penagihan berulang turut berlaku terhadap pelatih yang dibebaskan dari Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN). Kira-kira 10 hingga 15 peratus pelatih yang mendapat rawatan di PUSPEN kembali menagih dalam tempoh tertentu setelah keluar dari pusat pemulihan.

Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), kira-kira 10 hingga 15 peratus daripada mereka terjebak semula dengan masalah penyalahgunaan dadah selepas berada dalam komuniti. – HARAKAHDAILY 8/3/2023

- Advertisement -