
KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan menubuhkan bank susu bagi membantu ibu yang tiada sumber itu.
Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) berkata, keperluan bank susu untuk ibu sangat tinggi, terutama bagi bayi yang baru lahir pramatang.
“Sesetengah kes yang mana susu ibu menjadi keperluan darurat kerana bayi tidak boleh minum susu formula,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Namun,beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata, penyusuan kepada bayi boleh menjadi sebab kepada hubungan kekeluargaan.
“Penyusuan susu tersebut menjadi sebab kepada hubungan kekeluargaan sekali gus meninggalkan kesan pada hukum nasab dan keturunan.
“Oleh itu, perlunya penubuhan bank susu mengikut syariat dan memerlukan kad dan sijil susuan agar penerima mengetahui jelas anak susuannya.
“Jadi perkara ini saya harap dipertimbangkan oleh kerajaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/3/2023











