Jualan Rahmah warisi Jualan Keluarga Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Strategi kerajaan untuk memperkenalkan dan membawa Jualan Rahmah ke kawasan pedalaman yang tidak mempunyai pasar raya besar dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang meneruskan agenda Jualan Rahmah, sebagai sambungan kepada Jualan Keluarga Malaysia sebelum ini.

- Advertisement -

Beliau yang mengemukakan soalan tambahan ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan, turut meminta penjelasan tambahan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, berhubung jualan empat kali seminggu di kawasan Parlimen.

Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika menjawab memberitahu bahawa kerajaan akan mengusahakan Jualan Rahmah di bangunan kerajaan, balai raya dan pejabat Penghulu di kawasan berkenaan.

Katanya, kerajaan juga akan memberikan subsidi dan bantuan, manakala penghantaran menggunakan bot dan kenderaan bersesuaian akan dilakukan ke kawasan pedalaman.

Mengulas mengenai jualan empat kali seminggu di kawasan Parlimen, Salahuddin berkata ia bermaksud di setiap kawasan Parlimen mampu dilaksanakan empat kali Jualan Rahmah berdasarkan pembahagian RM100 juta peruntukan dalam Belanjawan 2023 kepada 222 kawasan Parlimen. – HARAKAHDAILY 7/3/2023

- Advertisement -