Semua jawatan PAS Kuala Krai menang tanpa bertanding

- Advertisement -

KUALA KRAI: Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krai Kali Ke-45 yang berlangsung di Dewan Tuan Guru Abdul Rahman, Sungai Durian semalam menyaksikan semua jawatan menang tanpa bertanding.

- Advertisement -

“Pemilihan pada tahun ini, untuk kesekian kalinya, menyaksikan semua jawatan dalam PAS Kawasan Kuala Krai menang tanpa bertanding,” ujar Yang Dipertuanya, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman.

Katanya, mesyuarat agung itu dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah di atas kesepakatan itu bagi memastikan parti terus utuh.

“Tahniah atas kesepakatan yang ditunjukkan bagi memastikan keutuhan parti yang kita sayangi ini khususnya di peringkat PAS Kawasan Kuala Krai,” katanya lagi.

Pada mesyuarat kali ini, Abdul Latiff mengekalkan jawatan Yang Dipertua, Mohd Fauzi Abdullah (timbalan) dan Ismail Awang (naib).

Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada Hilmi Abdullah, Ku Zaki Dabong, Mahmood Mat Zin, Che Mohd Lazin Che Lah, Hazimah Khalifah, Mat Nawi Yaacob, Ghazali Mat, Mahasan Yacob, Abdul Mutalib Lateh, Abdrahim Salleh, Azami Mustapha, Kamaruddin Salleh, Amrul Makhtar, Norhadi Isa, Salma Ismail dan Suraya Zakaria.

“Semoga Allah memberkati kita semua,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. – HARAKAHDAILY 5/3/2023

- Advertisement -