
KUALA LUMPUR: Penglibatan secara serius koperasi berkaitan sektor agromakanan mampu membantu negara menghadapi krisis bekalan makanan pada masa akan datang.
Sehubungan itu, Dato’ Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) meminta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyatakan penglibatan koperasi berkenaan.
“Menerusi penubuhan federasi koperasi berasaskan pertanian dan industri asas tani mungkin untuk memberi galakan atau sumbangan bekalan kepada rakyat berkaitan agromakanan.
“Saya mahu bertanya, setakat mana penggabungan koperasi mampu menyumbang bekalan kepada rakyat atau sekurang-kurangnya menyumbang kepada 7.1 juta ahli koperasi seluruh negara,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasami berkata, sehingga kini hanya lima koperasi yang terlibat dalam federasi koperasi pertanian di seluruh negara. – HARAKAHDAILY 1/3/2023











