
TAK kenal maka tak cinta. Anak Selangor kelahiran Sijangkang, Kuala Langat ini sewaktu mudanya seorang pelajar yang pintar. Dibentuk akhlak dan peribadinya oleh Allahyarham ayahanda tercinta.
Melanjutkan pelajaran ke Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan lulus dengan Ijazah Doktor Perubatan.
Selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan sehingga ke Sarawak beliau membuka kliniknya sendiri di Sijangkang dan dari situ terus berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat tempatan.
Minat untuk berkhidmat pada rakyat membawanya melangkah ke dunia politik.
Hari ini beliau mengetuai PAS Negeri Selangor sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri. Beliau juga ADUN Sijangkang sejak 2008, pernah jadi ahli Exco semasa PAS bersama Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri di Selangor satu ketika dulu.
Perwatakannya yang lembut, mudah mesra dan cukup prihatin nasib dan kebajikan rakyat menjadikan beliau disenangi dan disegani kawan serta lawan.
Beliau menjalin hubungan yang baik dan dihormati oleh ahli-ahli PAS dari pelbagai peringkat di Selangor sama ada anak-anak muda mahupun yang veteran.
Kerana itu apabila parti memutuskan beliau bertanding pula di Parlimen Kuala Langat baru-baru ini rakyat tempatan cukup gembira dan memberi kemenangan kepada beliau.
Hari ini beliau Pesuruhjaya PAS, ADUN tunggal PAS di Dewan Negeri dan Ahli Parlimen Kuala Langat namun terus berkhidmat pada rakyat.
Gambar di bawah YB Datuk Dr Ahmad Yunus sedang mengkhatankan seorang kanak-kanak.
Rakyat Selangor perlukan pemimpin bertenaga seumpama ini.
“Tumbang PH”
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 21/2/2023












