Kerajaan perlu bantu penoreh getah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bertindak membantu penoreh getah yang menghadapi situasi ketidakseimbangan harga getah dan peningkatan harga barang.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, jawapan Menteri Perladangan dan Komoditi (Dato’ Sri Fadillah Yusof) ketika menjawab soalan lisan asalnya apabila diamati cukup jelas dengan situasi dan harga komoditi getah yang berkait rapat dengan faktor ekonomi global.

Katanya, kedudukan harga getah tidak seimbang dengan kenaikan harga barang.

“Cuma apabila melihat keadaan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman (kawasan saya sendiri) iaitu Pokok Sena, Bagan Terap, Baling dan Sik, kebanyakan penoreh di sana dengan kedudukan harga getah tidak seimbang dengan kenaikan harga barang,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Perladangan dan Komoditi.

Dalam soalan lisan asal, Ahmad meminta kerajaan menyatakan tindakan strategik jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi mengurangkan beban penoreh getah berikutan kejatuhan harga komoditi getah ketika ini.

Katanya, kerajaan perlu menyemak semula harga lantai dan meningkatkan harga tersebut bagi membuktikan kesungguhan kerajaan membantu penoreh getah, selain menggalakkan mereka terus menoreh. – HARAKAHDAILY 16/2/23

- Advertisement -