
PENUBUHAN Wakaf Pahang mampu selesaikan pelbagai isu tertunggak berkaitan wakaf.
Itu rumusan yang boleh dibuat hasil pembentangan oleh para Pegawai Institusi tersebut dalam sesi kunjungan saya ke Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) petang semalam.
Saya sambut baik penubuhan institusi ini yang ketika ini ditadbir oleh PKZ Pahang dan akan diperbadankan kelak.
Saya dibentangkan informasi dan data-data berkaitan zakat dan wakaf dalam sesi yang juga disertai oleh YB Wan Razali Wan Nor, Ahli Parlimen Kuantan, bersama pasukannya.
Insya-Allah ada ruang-ruang yang boleh pihak saya usahakan dan bekerjasama dengan PKZ Pahang dan Wakaf Pahang untuk kepentingan ummah di negeri ini khususnya di DUN Beserah.
Terima kasih kepada Tuan Haji Che Samsol Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang, bersama para pegawai beliau di atas kelapangan masa menerima kunjungan saya bersama pasukan Pusat Khidmat DUN Beserah dan perkongsian informasi-informasi berguna.
YB ANDANSURA RABU
ADUN Beserah – HARAKAHDAILY 8/2/2023












