16 lelaki ditahan terlibat perjudian di Ipoh

Datuk Mohd Yusri Hassan Basri
- Advertisement -

IPOH: Polis menahan 16 lelaki kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian di sebuah bangunan di Bercham di sini, semalam.

- Advertisement -

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata berdasarkan risikan dan maklumat, sepasukan polis Bahagian Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Perak melakukan serbuan menerusi Op Dadu di lokasi tersebut pada pukul 10.30 malam.

“Kesemua lelaki berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun itu ditahan dan polis turut merampas beberapa barangan yang digunakan untuk melakukan perjudian dan wang tunai berjumlah RM8,002, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata kesemua suspek direman sehingga 20 Jan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001). – BERNAMA

- Advertisement -