Padang Terap potensi muncul destinasi pelancongan utama

- Advertisement -

PADANG TERAP: Daerah Padang Terap mampu muncul sebagai destinasi pelancongan utama di Kedah pada masa akan datang memandangkan terdapat banyak lokasi menarik.

- Advertisement -

Antaranya Jeram Tok Din, Pengkalan Tok Mas, Madu Tualang, Hutan Lipur Puncak Janing, Kilang Gula, Kedah Rubber City, Semeliang Agro Farm (ternakan rusa).

Selain itu Kota Putra Durian Burung, Pusat Minda Dusun Resort, Air Terjun Seraya termasuk durian berkualiti tinggi di Perik, Pedu, Naka dan Padang Sanai.

Ahli Parlimen Padang Terap Nurul Amin Abd Hamid berkata, Tasik Pedu antara pusat rekreasi yang berpontensi menjadi tarikan pelancong sekiranya ditambahbaik infrastuktur.

Ini kerana katanya kedudukannya berada berhampiran lebuh raya TEKIH memudahkan dikunjungi pelancong.

“Lebuh Raya TEKIH menjadi penghubung antara Durian Burung ke Kupang, Baling,” kata beliau di sini.

Baru-baru ini beliau bersama Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Azmi Zainol Abidin, Ketua Pegawai Maklumat, Muhammad Naim Zainol dan Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Nuraisah Abu Bakar mengadakan lawatan ke Charok Batang Padi, Mong Gajah dan Mahawangsa Houseboat Pedu Lake.

Turut hadir Adun Pedu, Mohd Radzi Md Amin dan pegawai Majlis Daerah Padang Terap bagi meninjau potensi pelancongan di lokasi terbabit. – HARAKAHDAILY 11/1/2023

Ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran Jumaat ini

- Advertisement -