
PASIR MAS: Keluarga Penghulu Tanpa Mukim Seranta, Allahyarham Mohd Zaki Mohamad, 33 menerima pencen penakat sebanyak RM385 sebulan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen itu diterima ibu bapanya Mohamad Jaafar dan Siti Esah Daud.
Pegawai Pendakwa Perkeso Zon Timur, Mohd Fauzi Mohamad berkata, mulai 1 Januari 2023 Perkeso menaikkan kadar pencen penakat (pencen ilat) minimum daripada RM475 kepada RM550 sebulan.
Katanya, memandangkan si mati berstatus bujang, maka ibu bapanya layak mendapat 40 peratus daripada RM550.
“Manakala 30 peratus lagi diberi kepada seorang adik Allahyarham yang berusia di bawah usia 21 tahun. Setelah melebihi usia itu, pencen tersebut dibayar kepada ibu bapanya seumur hidup,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Zaki meninggal akibat darah beku dalam saluran darah ke paru-paru (massive pulmonary embolism) pada 30 Disember lalu.
Pada Isnin lepas Mohd Fauzi menziarahi keluarga arwah di Kampung Beta Pohon Buloh bagi menyerah borang tuntutan pencen tersebut.
Penyerahan borang tuntutan tersebut disaksikan anggota Exco Kerajaan Negeri Dato’ Mohd Nassuruddin Daud. Hadir sama Pengarah Urus Setia Majlis Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak. – HARAKAHDAILY 4/1/2023











