Projek Kompleks Sukan Bukit Merbau tetap diterus

- Advertisement -

KOTA BHARU: Perancangan kerajaan Kelantan untuk membina Kompleks Sukan dan Stadium di Bukit Merbau Pasir Puteh tetap diteruskan biar pun Putrajaya diterajui Pakatan Harapan-Barisan Nasional.

- Advertisement -

Exco Belia Sukan dan NGO, Wan Roslan Wan Hamat berkata, kemudahan tersebut sebagai persediaan Kelantan sebagai tuan rumah bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2026.

Katanya, rundingan mengenai pembinaan kemudahan itu diserah sepenuhnya kepada kerajaan persekutuan.

“Baru-baru ini kita mengadakan perbincangan di Kuala Lumpur untuk urusan pembinaan kompleks sukan terbabit.

“Setakat ini ia berjalan terus di mana sekarang dalam proses tender, sebut harga dan sebagainya.

“Kita ikut peraturan yang ditetapkan kerajaan pusat bagi memastikan kompleks sukan tersebut dapat dibina di Kelantan,” katanya di sini.

Sebelum ini Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau sebanyak RM256 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Projek akan dibangun di atas kawasan seluas 64.7 hektar (160 ekar) sekarang di peringkat prapelaksanaan. – HARAKAHDAILY 3/1/2023

- Advertisement -