Ziarah kaedah terbaik selami kesusahan rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Inilah rutin harian saya di Bagan Serai sepanjang dua minggu dipilih sebagai wakil rakyat,” kata Naib Presiden PAS, Ustaz Datuk Idris Ahmad.

- Advertisement -

Menurutnya, jawatan yang ada bukanlah suatu kebanggaan tetapi ia satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Hari ini, saya berpeluang untuk bertemu mata dengan penduduk Parit Haji Ali.

“Saya dapat berjumpa sendiri bertanya khabar dengan mereka,” ujarnya selaku Ahli Parlimen Bagan Serai menerusi laman Facebook beliau, malam ini.

Bagi beliau, ziarah adalah kaedah terbaik untuk menyelami kesusahan dan dugaan yang mereka hadapi.

Katanya, bersama-sama PAS Cawangan Parit Haji Ali, sedikit sumbangan telah diserahkan untuk meringankan beban mereka.

“Insya-Allah, tiada yang ditinggalkan untuk warga Bagan Serai walaupun ujian hari ini begitu mencabar.

“Doakan saya agar terus kuat dan konsisten untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” ujarnya lagi.

Dalam satu lagi hantaran, Idris berkata selalunya hari Isnin tidak ada kenduri, tetapi cuti sekolah adalah kendurinya.

Beliau yang hadir pada satu majlis kenduri di Batu 9 1/2 Jalan Taiping Bagan Serai menyatakan agak ramai kehadiran tetamu walaupun pertengahan minggu.

Katanya, kesempatan menghadiri kenduri memberi peluang kepadanya untuk bertanya khabar dengan orang kampung. – HARAKAHDAILY 12/12/2022

- Advertisement -