BN-PH Perak: Di mana prinsip Umno ‘No Anwar No DAP’?

- Advertisement -

IPOH: Keputusan Umno untuk menubuh kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) di Perak dianggap sebagai suatu resepi untuk bencana (recipe for disaster).

- Advertisement -

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan itu mengesahkan cakap-cakap sebelum pilihan raya, pemimpin Umno mengusahakan suatu bentuk jajaran baharu dengan PH semata-mata untuk kekal berkuasa.

“Kami juga tertanya-tanya di manakah keputusan Perhimpunan Agung Umno ‘No Anwar No DAP?” katanya pada kenyataan di laman sosialnya hari ini.

Media hari ini melaporkan Adun Kota Tampan, Dato’ Saarani Mohamad dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini selepas BN membentuk kerjasama dengan PH.

Jajaran baharu BN-PH memiliki 33 kerusi di DUN Perak berbanding PERIKATAN NASIONAL 26 kerusi.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata, PN Perak tetap dengan pendirian untuk menjadi pembangkang jika dapat dapat membentuk kerajaan negeri dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima prinsip perjuangan PN iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil.

“PN Perak tidak akan sama sekali bekerjasama dengan PH yang di dalamnya ada DAP yang ditolak sebahagian besar orang Melayu atau mereka yang tercemar dengan masalah rasuah,” ujarnya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mengesahan beliau dipanggil mengadap di istana pagi tadi, dan pihak istana memaklukan PH-BN memiliki majoriti. – HARAKAHDAILY 21/11/2022

- Advertisement -