Parit Buntar, Bagan Serai bakal penyumbang besar padi

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Datuk Ustaz Idris Ahmad akan berusaha untuk membangunkan pertanian di Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai sebagai kawasan penyumbang besar padi dalam negara.

- Advertisement -

Menurut calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Bagan Serai itu, sektor pertanian perlu diberi perhatian utama antara bagaimana hendak memutuskan rangkaian daripada orang tengah yang tidak dapat diselesaikan hingga hari ini.

Katanya, kadang-kadang petani pada hari ini seolah-olah berada di paras kemiskinan.

“Paling saya takut sekali mereka ‘give up’ dan tinggalkan pertanian (padi), mereka tanam tanaman lain,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni mangsa banjir di Changkat Lobak. (Foto atas)

Selain itu beliau akan memberi perhatian juga kepada golongan anak-anak muda.

Beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seronok melihat penglibatan anak-anak muda yang berniaga di pasar-pasar malam.

“Saya suka tengok mereka duduk di kampung boleh jaga emak ayah,” katanya.

Menurut beliau, mereka merupakan golongan yang perlu diberi tumpuan dengan diberi modal untuk meningkatkan perniagaan.

Ketika menjadi menteri, beliau telah melancarkan pemberian geran kepada asnaf seramai 2,000 orang.

“Kita bukan beri pinjaman tetapi geran dan kita berikan pendidikan.

“Saya percaya dan yakin bahawa anak Melayu bukan malas tapi kita kena uruskan wang yang mesti sampai kepada mereka dan golongan sasaran,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/11/2022

- Advertisement -