Ahmad Marzuk ketengah kempen Pemantapan 5P

- Advertisement -

KOTA BHARU: Datuk Ahmad Marzuk Shaary mengetengahkan kempen Pemantapan 5P sebagai tawaran kepada penduduk di Pengkalan Chepa pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

5P iaitu Perlindungan Dhuafat, Perindustrian dan Hub Logistik, Pembangunan Infrastruktur, Pelancongan dan Pendidikan.

Beliau berkata agenda tersebut sudah dilaksanakan sejak dua penggal diberi amanah sebagai wakil rakyat di Parlimen Pengkalan Chepa dan Bachok.

“Saya akan meneruskan perancangan yang telah saya mulakan pada penggal lalu, ada wawasan dan visi yang saya hendak lakukan untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Ada yang boleh selesai dalam tempoh pendek dan ada memerlukan jangka masa panjang, jadi selepas ini saya akan mantapkan lagi agenda 5P,” katanya pada sidang media di Pusat Media PRU15 PAS Kelantan di sini hari ini.

Ahmad Marzuk yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut yakin PAS akan terus mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya kali ini.

Beliau berkata, PAS Pengkalan Chepa berpengalaman untuk berhadapan dengan pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka pada tahun 2015.

Situasi sama katanya berulang pada PRU15 menyaksikan PERIKATAN NASIONAL (PN) bertembung Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang dan wakil bebas.

Malah katanya, pengundi di Parlimen Pengkalan Chepa boleh membuat penilaian terhadap rekod perkhidmatan dan prestasi calon yang memenangi kerusi terbabit.

“InsyaAllah ia tidak mengugat peluang kita menang tetapi apa yang paling penting iah menggambarkan warna warni demokrasi dan calon semuanya kawan kita.

“Sama juga rakyat Kelantan mereka memilih PAS sebagai kerajaan negeri kerana keyakinan mereka kemampuan terhadap rekod bersih, stabil dan integriti.

“Itulah menjadi keutamaan rakyat, kita semua buat kerja tiada tipu-tipu punya, semua pimpinan buat kerja untuk rakyat di Kelantan,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/11/2022

- Advertisement -