Dukung agenda siasah Islam hadapi pilihan raya

Hendri Hamsah
- Advertisement -

Oleh NURSAM MOHAMMAD

- Advertisement -

PUTATAN: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Hendri Hamsah mengingatkan jentera pemuda PAS negeri agar sentiasa bersiap siaga untuk berdepan pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja.

Katanya, pemuda merupakan sayap parti perlu mendukung agenda siasah Islam terutama pada musim pilihan raya umum yang bakal menjelang.

Beliau turut menegaskan pemuda PAS perlu segera meningkatkan kecekapan mengurus gerak kerja pilihan raya dan perlu lebih bervariasi mendekati anak muda.

“Kita perlu mengusai kecenderungan anak muda dengan penguasaan media sosial untuk mendekati mereka agar mesej parti mudah disampaikan.

“Kita bakal berdepan anak muda pengundi kali pertama yang bakal menjadi penentu dalam pilihan raya nanti,” ujarnya pada program Munaqasyah Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia di Kompleks DarSa, Putatan petang semalam.

Hadir sama dalam program tersebut Ketua Penerangan dan Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar dan Dr Muhammad Fairuz Azmi. – HARAKAHDAILY 9/10/2022

- Advertisement -