
ALHAMDULILLAH, saya telah menyempurnakan majlis Persidangan dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan yang diadakan di KLCC, pagi tadi.
Saya menegaskan lima poin penting kepada para peserta persidangan, iaitu;
1. Manusia yang memegang amanah mesti berusaha mengurus tadbir bumi dengan cekap supaya memberi banyak kebaikan kepada rakyat.
2. Pengurusan sektor air dan pembetungan negara mesti direncana secara kolektif, saling lengkap melengkapi dan bantu membantu.
3. Cabaran perubahan iklim dan bencana berkaitan air perlu diurus secara proaktif, inovatif dan memanfaatkan kecanggihan teknologi.
4. KASA sedang mengarusperdanakan adaptasi perubahan iklim dalam pengurusan banjir dengan mengambil tindakan mitigasi jangka pendek, sederhana dan panjang.
5. NWICE wajar menjadi platform kritikal perkongsian ilmu, pengalaman dan dapatan baharu daripada pelbagai agensi untuk memberi input penting kepada pengurusan sektor air dan pembetungan negara.
Saya mendoakan agar persidangan ini berjalan lancar, mencapai objektif yang disasarkan dan diredhai Allah S.W.T.
Selamat bersidang!
YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) – HARAKAHDAILY 19/7/2022















