Umat Islam perlu cakna kehidupan golongan asnaf

- Advertisement -

Oleh MIZI KB

KOTA BELUD:
Seramai 150 asnaf diraikan pada berbuka puasa anjuran Muslim Care dan PAS Kawasan Kota Belud, di sini semalam.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, program itu diadakan sempena pengagihan bakul makanan dan iftar Ramadan di Kampung Rampayan Laut.

- Advertisement -

Katanya, umat Islam perlu hidup secara berjemaah seperti yang ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w cakna terhadap kehidupan rakyat terutamanya golongan asnaf.

“Sebagai sebuah organisasi politik PAS tidak ketinggalan menganjurkan program serupa bagi meraikan golongan asnaf dengan menghulur sedikit sumbangan,” katanya pada program tersebut.

Beliau turut mengajak setiap anggota masyarakat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi mengubah kehidupan keluarga mereka pada masa hadapan.

Pada program itu asnaf menerima sumbangan barangan keperluan dapur. Mereka turut menunaikan solat Maghrib dan Isya serta solat tarawih.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Belud Mustakim Aling dan Ketua Pemuda PAS kawasan berkenaan Saifullah Osman. – HARAKAHDAILY 26/4/2022

- Advertisement -