Sesi libat urus diadakan sebelum pindaan Akta Pekerja 1955

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengadakan sesi libat urus dengan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) di dalam dan luar negara sebelum mengemukakan sebarang cadangan pindaan baharu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, antaranya bersama Talent Corp yang merupakan salah satu rangkaian yang menghubungkan badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan di dalam dan luar negara.

“Contohnya, di dalam Majlis Penasihat Buruh Kebangssan juga kita adakan libat urus supaya kita dapat satu hasil atau jawapan yang baik untuk memberi perlindungan kepada golongan wanita.

“Banyak perubahan hasil daripada Pindaan Akta Pekerja 1955 yang dibentangkan semalam (29 Mac) di Dewan Negara ini. Pindaan ini banyak melindungi dan memberi lebih kebaikan daripada akta kerja sebelum ini terutamanya kepada golongan wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang meminta kerajaan membuat pembentukan ‘paternal benefits’ bersama input daripada NGO tempatan dan antarabangsa, di Dewan Negara, semalam.

Menurut Awang, KSM juga melancarkan program SPS Prihatin Wanita di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKSO) yang melibatkan caruman RM4.9 juta.

Katanya, sehingga 31 Disember lalu, seramai 21,035 wanita atau 35.58 peratus wanita yang bekerja sendiri dilindungi di bawah SPS Prihatin Wanita termasuk sektor tidak formal di dalam dan luar negara. – HARAKAHDAILY 31/2/2022

- Advertisement -