Sungai diramal lepasi aras bahaya, penduduk perlu berwaspada

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad mengingatkan orang ramai yang berada di sekitar Bukit Canggang, Kuala Langat sentiasa berada dalam keadaan berwaspada.

Ini kerana katanya, Sungai Langat di kawasan itu diramal melepasi aras bahaya dan trend menaik.

- Advertisement -

“Dinasihatkan bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi miliknya dengan memuatkan hebahan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPS, sekiranya hujan masih berterusan, stesen Sungai Langat di Bukit Changgang diramal melepasi paras bahaya.

Aras air Sungai Langat di stesen Sungai Langat di Bukit Changgang diramalkan melepasi aras bahaya sebanyak 0.05 meter pada pukul 2 pagi tadi.

Aras bahaya Sungai Langat di stesen di Bukit Changgang ialah 4.2 meter. – HARAKAHDAILY 28/12/2021

- Advertisement -