Persatuan Tahfiz gerak misi bantu mangsa banjir

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Persatuan Maahad Tahfiz Al Quran (PERMATA) Cawangan Perlis, turut terpanggil menghantar misi bantuan banjir ke Selangor sebagai tanda kebersamaan dengan mangsa banjir.

Pengerusinya Rohim Kamis berkata, bantuan tersebut termasuk pelbagai makanan harian dan naskhah Al-Quran.

“Alhamdulillah kita bawa bantuan antaranya selimut, tikar, beras, tilam, toto dan al Quran.

- Advertisement -

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang turut menjayakan misi kali ini,” katanya di sini semalam.

PERMATA merupakan sebuah organinsasi NGO yang memfokuskan pendidikan kompetitif yang diurus secara profesional dan mampu memberi khidmat kepada agama dan negara.

Rohim juga berkata, PERMATA Perlis menggabungkan 11 pusat tahfiz yang terdapat di negeri itu.

“Seramai 15 ahli PERMATA menyertai misi kali ini,” katanya pada majlis pelepasan yang diadakan di Maahad Tahfiz Darul Hikmah. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Turut menggerakkan misi bantuan banjir ke Selangor termasuk NGO Wanita Prihatin bersama 11 ahlinya bagi memberi bantuan pasca banjir di Hulu Langat.

Menurut pengerusinya, Nor Fatimah Arifin, NGO itu membantu kerja-kerja mencuci kawasan perumahan bermula 27 hingga 30 Disember ini. – HARAKAHDAILY 28/12/2021

- Advertisement -