Anak muda kental punyai masa depan cerah

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KUALA NERUS:
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan tahniah kepada anak muda kerana turut menganjurkan program sempena ulang tahun PAS ke-70 yang bermula hari ini.

Katanya, usaha itu membuktikan PAS sentiasa diterima pelbagai lapisan masyarakat khususnya abak-anak muda.

Kata beliau bermula dari situ akan lahir anak muda yang kental dan sudah pasti mereka mempunyai masa depan yang cerah di persada politik tanah air.

- Advertisement -

“Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada anak-anak muda yang hadir dari seluruh negara untuk menyertai sambutan 70 tahun PAS di Terengganu.

“Tahniah dan terima kasih juga kepada jawatankuasa pelaksana program berjaya memikul tanggungjawab untuk tugas yang besar walaupun dalam kesuntukan masa dan dikekang oleh suasana pandemik,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ahmad Fadhli yang juga ahli parlimen Pasir Mas kini berada di Turki mewakili Malaysia ke persidangan ke-16 Anggota Parlimen Negara-Negara OIC. – HARAKAHDAILY 11/12/2021

- Advertisement -