Individu lengkap vaksinasi dibenarkan solat di masjid, surau

A view inside Masjid Negara
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan aktiviti di masjid dan surau bagi jemaah yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

- Advertisement -

Kemudahan itu terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khasnya, hari ini.

Bagaimanapun, pihak masjid dan surau perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal dipatuhi selain memastikan jemaah terus pulang setelah selesai solat.

“Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat mesti menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digital vaksinasi Covid-19 (digital certificate Covid-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

“Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat.

“Pelaksanaan kemudahan ini adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi Rumah Ibadat selain Islam,” ujarnya.

Kemudahan yang diumumkan itu akan mula berkuatkuasa pada Selasa, 10 Ogos 2021 dan perinciannya akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu yang terdekat. – HARAKAHDAILY 8/8/2021

- Advertisement -