
KUALA LUMPUR: Instutusi sosial perlu diperkasa terlebih dahulu bagi memastikan hak kumpulan yang kurang berkemampuan dapat dibela dan diselesaikan sebelum beralih kepada inisiatif mengibarkan bendera putih.
Hal ini kerana insitusi itu dipercayai merupakan institusi yang menggalas tanggungjawab untuk menjaga kebajikan hak kumpulan yang kurang bernasib baik atau ‘vulnerable group’, kata Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi.
“Perkasakan institusi sosial dahulu kerana tanggungjawab terletak di bahu mereka di samping dengan segera selesaikan isu kesusahan berasaskan institusi kejiranan.
“Jika hilang rasa tanggungjawab inilah menyebabkan kasih sayang Allah tidak meliputi dalam masyarakat.
“Institusi sosial boleh mobilasi gerakkan kebajikan secara bersama berganding bahu secara tersusun untuk membantu masyarakat.
“Satu kaedah ‘dari pintu ke pintu’ yang dialokasi kepimpinan tempat tersebut, adalah yang sepatutnya untuk mengenal pasti ahli kariah yang susah dan dalam masa yang sama boleh kukuhkan hubungan kepimpinan dengan rakyat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian mengulas berhubung trend kibarkan bendera putih yang digerakkan sebahagian masyarakat bagi membantu golongan yang terjejas atau terputus bekalan makanan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Jelasnya, tindakan menggerakkan kempen mengibarkan bendera putih itu dari satu sudut mempunyai kebaikan tersendiri yang akan memudahkan orang ramai mengenal pasti golongan miskin tegar.
Namun, dari satu sudut lain, ia menimbulkan rasa ingin tanya, adakah pihak yang mengesyorkan itu tidak sedar bahawa terdapat institusi sosial yang agak sensitif dalam soal ini.
Hal ini kerana kempen itu seolah-olah menggambarkan insitusi sosial ini tidak berkesan untuk memastikan hak vurnerable group dapat dibela dan diselesaikan.
“Daripada kegalakan mengebar bendera putih, dari satu sudut yang lain, menimbulkan rasa ingin tanya, adakah pihak yang mengesyorkan ini tidak sedar bahawa terdapat institusi sosial yang agak sensitif dalam soal ini kerana seolah-olah mereka tidak berkesan untuk memastikan hak vurnerable group dapat dibela dan diselesaikan.
“Dari isu ini tidak muncul mana-mana pihak menjadi hero dalam isu kemiskinan, tetapi jika ketua kampung, JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) dan institusi masjid tidak dapat kenal pasti ahli kariahnya yang susah…
“Tambahan pula MP (Ahli Parlimen) diberikan nanti seorang RM300,000 tetapi masih terdapat isu bunuh diri dan seumpamanya, maka institusi eksekutif dan sosial ini perlu dipersoalkan rakyat, kerana sehingga terpaksa membuat inisiatif kibarkan bendera putih,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook, semalam. – HARAKAHDAILY 30/6/2021











