Kedah komited tuntut pajakan ke atas Pulau Pinang

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri komited untuk menyelesaikan urusan berkaitan tuntutan pajakan Pulau Pinang sehingga berjaya, tegas Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut beliau, pihaknya telah mengambil masa bertahun-tahun untuk menyelesaikan hal-hal berkaitan, termasuk berkaitan kajian, dokumen, melantik pasukan pengkaji serta pihak berautoriti dalam perundangan, menghimpunkan bahan-bahan dan lain-lain.

- Advertisement -

“Kalau tak esok, lusa. Kalau tak tahun ini, tahun depan. Saya bukan nak cari gaduh tetapi nak buat perkara agar menjadi teratur,” jelasnya ketika ditemui media di Wisma Darul Aman, sempena Himpunan Penjawat Awam Kakitangan Kerajaan Negeri Kedah, hari ini.

Kata Sanusi lagi, semua butiran, urusan serta tindakan berkaitan hal berkenaan dibuat secara teliti, malah telah memaklumkan berkenaan tuntutan pajakan ke atas Pulau Pinang, sejak awal-awal lagi.

“Butiran secara terperinci, tak dapatlah saya berikan sekarang tetapi jangkaan siap semua proses pada tahun ini, 2026. Saya jangkalah, InsyaAllah,” tegas beliau lagi.

Tuntutan semula pajakan Pulau Pinang dibuat berdasarkan perlembagaan dan perjanjian sejarah, serta menegaskan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada wilayah Kedah yang diserahkan semasa penjajahan British.

Tindakan ini melibatkan pembentukan pasukan perundangan untuk mengkaji sejarah dan kedudukan Pulau Pinang serta mendapat sokongan daripada ahli politik Perikatan Nasional (PN) yang menyifatkan ia sebagai semakan hak, bukan mencabar kedaulatan negara. 

Pemesongan fakta oleh kolonial dalam sejarah Malaysia perlu diluruskan secara adil dan saksama dengan berakarkan sejarah Melayu.

Tindakan Sanusi membuat tuntutan hak pajakan Pulau Pinang ke mahkamah bukan semata-mata bersabit persoalan kewajaran nilai ekonomi yang sepatutnya dibayar Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya juga, menjunjung titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang menzahirkan keperluan sejarah Kedah yang merangkumi pemilikan wilayah dan reko.- HARAKAHDAILY 7/1/2026

- Advertisement -