TAPAH: Penduduk sekitar sebuah projek perumahan baharu di Residensi Lagenda Tropika berdekatan Kampong Batu Tiga Temoh mendakwa keselamatan kediaman mereka terancam apabila aktiviti korek pasir oleh sebuah syarikat dijalankan terlalu hampir dengan kawasan perumahan.
Menurut penyampai maklumat, Ahmad Abdullah (bukan nama sebenar), kerja mengorek pasir yang berkeluasan 800 ekar itu kini dilakukan dalam jarak tidak sampai setengah kilometer dari perumahan yang mempunyai 1,800 unit rumah.
Beliau menjelaskan bahawa kawasan perumahan tersebut berisiko mengalami mendapan tanah kerana kawasan itu bukanlah tanah asal memandangkan ia pernah menjadi tapak perlombongan, sebaliknya terdiri daripada tanah liat, apatah lagi jika berlaku gempa bumi.
“So apa yang jadi? Dulu dia orang korek pasir kawasan-kawasan ni kan, sekarang ni dah masuk kampung. Dah masuk kampung, ambil sawit orang, bayar (pampasan) RM3,000. Lepas itu buat lubang (menjadi ‘tasik’ akibat dikorek untuk ambil pasir dan dijual).
“Okey. Yang terbaru ni ada 1,800 perumahan (baharu) kat sini tahu. Kalau tak salah saya, lebih kurang setengah kilometer daripada perumahan itu. Tengah buat satu kapal, dah buat dah kapal (korek pasir itu),” katanya.

Menurutnya, kerja korek pasir yang dahulunya menggunakan kapal kecil kini digantikan dengan kapal moden bersaiz besar dari China, yang berisiko menyebabkan pemendapan tanah kerana kaedah korekan dilakukan di celah-celah batu dengan menggunakan sedutan.
“Jadi perumahan itu dengan tempat korek pasir itu saya rasa tak sampai setengah kilometer.
“Dulu bila kapal ni korek dia akan ke lombong. Dia korek ada batu, kapal korek semua kan, tapi sekarang ni kapal ni korek di celah-celah batu. Dia akan menggunakan pam (sedutan).
“So pemendapan tanah akan berlaku. Jangka masa pendek ke panjang saya tak tahu. Pemendapan tanah akan berlaku disebabkan dia korek daripada celah-celah batu itu” katanya.
Beliau turut mendedahkan bahawa kapal korek itu dibina oleh pihak dari China dan telah siap sepenuhnya selepas kira-kira enam bulan pembinaan.
“Kapal korek ni dibuat oleh China. (Kapal daripada) Negara China datang ke sini dah dekat saya rasa enam bulan dia orang buat kapal korek, (dan kini) sudah siap,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/4/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!