Sesi penggulungan Sidang Dewan Negeri Perak

- Advertisement -

HARI ini akan bermulanya sesi penggulungan daripada Exco Kerajaan Negeri Perak yang menggulung serta memberikan jawapan balas mengenai dengan semua perbahasan dan isu berbangkit yang telah dikemukakan oleh semua Ahli Dewan Negeri Blok Pembangkang yang saya difahamkan menyentuh kesemua portfolio exco tanpa ada satu yang tertinggal. Tahniah saya ucapkan.

Kejituan dan kualiti perbahasan semua Ahli Dewan Negeri Blok Pembangkang amat membanggakan dalam membawa pelbagai isu yang amat dekat dengan hati rakyat seperti kos sara hidup, alam sekitar, keselamatan awam, integriti, penguatkuasaan undang-undang dan kebajikan juga perkara -perkara bersifat dasar dalam pembangunan negeri Perak seperti sektor pelaburan dan perindustrian, ekonomi, projek berkepentingan negeri dan pembangunan infrastruktur yang mampan dan hijau.

- Advertisement -

EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Perak perlu menjawab kepada semua perbahasan yang dibangkitkan dan perlu bersedia dengan celahan yang akan dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negeri Blok Pembangkang dengan matang dan ‘gentle’. Walaupun saya tiada didalam Dewan Negeri diatas keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan (yang diwakili 4 daripada pihak kerajaan 3 ADN DAP, 1 ADN Umno) yang telah bertindak mengantung saya selama 6 bulan, saya akan sentiasa “memerhati” dan berkomunikasi secara dekat dan terus melalui platform atas talian.

Antara isu yang terkait dengan saya seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negeri Selama adalah ketidakmatangan dan ketidakbertanggungjawaban Ahli Dewan Negeri Perak Pasir Berdamar (anggota EXCO Perak) yang telah membuat satu kenyataan media dan menjadikan wajah saya dengan berpakaian seperti seorang badut. Pautan seperti berikut: https://www.facebook.com/share/v/163yPnVJ4X/?mibexti

Menggunakan wajah saya tanpa keizinan dan bersifat kandungan yang berbentuk provokasi merupakan satu kesalahan dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) : Seksyen 211 Larangan Terhadap Pemberian Kandungan Jelik
(1) Tiada pembekal perkhidmatan aplikasi kandungan atau mana-mana individu yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan boleh menyediakan kandungan yang tidak senonoh, lucah, palsu, mengancam, atau sifat menyinggung perasaan dengan niat untuk menjengkelkan, menyalahgunakan, mengancam atau menganggu mana-mana orang.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Boleh juga didenda selanjutnya sebanyak RM1,000 untuk setiap hari atau sebahagian daripada sehari di mana kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Saya dengan ini menuntut permohonan maaf di Dewan Negeri Perak hari ini oleh Ketua DAPSY, Woo Kah Leong yang merupakan EXCO Negeri Perak khususnya dalam ucapan penggulungan dan menarik balik kandungan tersebut didalam Facebook secepat mungkin. Berikut adalah pautan untuk rujukan: https://www.facebook.com/share/p/16BzzyQhzD/?mibextid=wwXIfr

Jika tiada sebarang permohonan maaf, saya dengan ini tidak teragak-agak akan membuat aduan dan membuat tindakan perundangan kepada EXCO daripada DAP ini supaya memohon maaf dan menurunkan kandungan tersebut dalam tempoh 24 Jam.

Saya juga meminta kerjasama kepada pihak MCMC untuk segera membuat siasatan dan membuat tindakan sewajarnya kepada Ahli Dewan Negeri Pasir Berdamar ini.

Saya juga musykil dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak yang pandai menasihati dan menemplak orang lain tidak matang dan kebudak- budakkan tapi terlupa untuk menasihati anak buahnya sendiri yang merupakan Ketua DAPSY. Pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1206867/guna-karikatur-tindakan-tak-matang-kebudak-budakan-kor-ming. Inilah orang kata, cakap tak serupa bikin. Orang lain tak boleh, dia buat boleh.

Sekian.

HAJI RAZMAN BIN ZAKARIA
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak – HARAKAHDAILY 21/4/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!