ADA orang tidak reti berpolitik, tetapi nak masuk politik dan sibuk menyerang orang tanpa ilmu. Pastinya mereka daripada PH.
Konon portfolio kewangan yang dipegang Menteri Besar Terengganu, sama seperti Menteri Kewangan yang dipegang Perdana Menteri ke-10 (PMX). Jadi Menteri Besar Terengganu juga tidak mengamalkan tatakelola yang betul.
Mereka cuba samakan kesalahan PMX dengan Menteri Besar Terengganu. Sedangkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di semua negeri tidak terkecuali PH atau PN, memegang portfolio Kewangan dan Tanah Negeri, kecuali Ketua Menteri di Sabah yang menyerahkannya kepada Menteri lain. Ini adalah tradisi Menteri Besar dan Ketua Menteri yang memegang Portfolio Kewangan dan Tanah semenjak dahulu lagi.
Kalau dahulu, Pulau Pinang di bawah BN, GERAKAN akan menyerahkan portfolio tanah kepada Timbalan Ketua Menteri yang berbangsa Melayu, biasanya dari Umno. Tetapi sekarang Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow juga memegang portfolio tanah. Jauh lebih baik Umno daripada PH.
Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri juga tidak pernah berjanji yang mereka tidak akan memegang portfolio kewangan ini apabila menjadi Menteri Besar. Bahkan yang menguruskan kewangan negeri-negeri ini ialah Pegawai Kewangan Negeri yang dilantik dari kalangan pegawai tinggi dan senior kerajaan.
Berlainan dengan Perdana Menteri, dia yang mengkritik Perdana Menteri terdahulu kerana memegang jawatan Menteri Kewangan dan kemudian dia sendiri yang berjanji tidak akan melakukan perkara yang sama. Namun selepas itu, dia sendiri yang mungkiri. Dan Menteri Kewangan pula adalah individu yang menguruskan kewangan negara. Berbeza dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri, mereka tidak menguruskannya.
Mat Sabu juga dalam ceramahnya pernah mengutuk DS Najib yang menjadi Perdana Menteri ketika itu kerana mengambil jawatan Menteri Kewangan dan menjadikannya lelucon dan ditertawa orang banyak. Tetapi ibarat ayam berak kapur dia diam membisu selepas PMX melakukan perkara yang sama. Yang masih bersorak dan bising ialah penyokong PH.
Masalah penyokong PH ialah mereka mahu menyamakan semua janji palsu PMX dengan pimpinan lain, sedangkan orang lain tidak pernah berjanji apa-apa seperti PMX.
Dan apabila PMX tidak mahu menunaikan janjinya, penyokong PH akan sedaya upaya mencari salah pihak lawan, kerana malu yang tidak tertanggung sebab tatakelola PMX telah menjadi tata ke laut. Mereka bukan mahu menunjukkan kebaikan PMX, tetapi kelemahan lawan, supaya kelihatan sama dengan kelemahan PMX. Nampak?
Mahu mengaku salah, tidak sesekali. Jadi baik salahkan orang supaya tidak dilihat orang yang mereka semua telah diperbodohkan oleh PMX. Lihat fitnah yang dijaja selama beberapa bulan berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan rasuah itu? PMX diam pergi bercuti, penyokong PH pula yang tanggung semua. Itu pun masih belum sedar.
Untuk lebih faham, sila tonton video Penerangan oleh Syahir Sulaiman di bawah.
Nota: Penyokong PH tetap menunjukkan kebodohan dengan mendakwa Menteri Besar Terengganu tamak, pegang banyak Exco. Padahal sepatutnya ditulis portfolio, bukan Exco. Exco itu jawatan, portfolio itu tugasan yang dipegang Exco. Mana ada Menteri Besar pegang Exco? Menteri Besar pegang portfolio.
Portfolio yang dipegang semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco setiap negeri memang lebih daripada satu portfolio. Kalau tidak, walau semua ADUN dilantik jadi Exco sekalipun, masih tak cukup portfolio untuk diisi. Sila rujuk gambar akhir, sebagai lambang kebodohan tidak bertepi penyokong PH.
MOHD NASIR ABDULLAH
17 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 17/8/2023
Sumber Asal: https://www.facebook.com/1295779460/posts/pfbid09Z8Kymc1a5x7G7q3Cubzc1wF6yLkKABKe6oLRVCfuXP4kyXAhDs6NwZ8TZSWGCX7l/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
Gagal faham bidang kuasa: Kasihan penyokong PH
- Advertisement -