Percaya pada janji musuh adalah neraka

Jangan ulangi kesilapan Bukhara

- Advertisement -

WAHAI umat Islam seluruh dunia, wahai negara-negara Islam yang merdeka dan berdaulat, dan khusus buat bangsa Arab yang hampir dengan bumi Palestin — yang hidup mewah di atas lautan minyak dan kekayaan — tangan kalian kaku, lidah kalian kelu. Lebih buruk lagi, kalian menyuap musuh Allah dengan kekuatan sendiri, menjadi benteng bagi Zionis, mengunci jalan bantuan ke Gaza, dan dalam masa yang sama membuka pintu dagang kepada Yahudi laknatullah.

Tidakkah kalian membaca sejarah dengan mata hati? Tidakkah kalian mengambil ibrah dari kisah pengkhianatan yang membawa kehancuran? Lihatlah Bukhara saat diserbu tentera Mongol pimpinan Genghis Khan. Mereka tidak mampu menembus kota, lalu mereka menipu. Diutus surat penuh racun berselindung madu: “من وقف في صفنا فهو آمن” — “Barangsiapa yang berdiri di pihak kami, maka dia selamat.” Sebahagian penduduk Bukhara yang takut dan tamak mempercayainya. Mereka berpaling dari saudara mereka sendiri, sanggup membantu Mongol menyerang umat Islam dengan janji kuasa: “إن أنتم أعنتمونا على قتال من رفض منكم، نولّيكم أمر بلدكم، ونمكنكم من الحكم والسلطان!” — “Jika kamu membantu kami memerangi yang menolak dari kalangan kamu, kami akan menyerahkan urusan negeri kamu kepada kamu dan memberi kamu kuasa dan pemerintahan!”

Lalu mereka berperang bersama musuh terhadap saudara sendiri, dan apabila pengkhianat menang, pintu dibuka buat Mongol. Namun Genghis Khan tidak lupa siapa yang mengkhianati bangsanya sendiri. Maka diperintahkan tenteranya menyembelih mereka terlebih dahulu. Katanya: “لو كان يؤمن جانبهم ما غدروا بإخوانهم من أجلنا نحن الغرباء!” — “Andai mereka boleh dipercayai, nescaya mereka tidak akan mengkhianati saudara mereka demi kita – orang asing!”

- Advertisement -

Wahai bangsa Arab, adakah kamu fikir nasib kamu akan berbeza jika kamu bantu Zionis hari ini? Adakah kamu fikir darah Gaza tidak akan mengalir ke tanah kamu esok? Adakah kamu menyangka Yahudi laknatullah akan pegang janji dan tidak mengkhianat?

Ketahuilah, benarlah kata-kata Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq Radhiyallahu ‘anhu: “مَا تَرَكَ قَوْمٌ الْجِهَادَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا ضَرَبَهُمُ اللَّهُ بِالذُّلِّ” — “Tidaklah sesuatu kaum itu meninggalkan jihad di jalan Allah, melainkan Allah akan timpakan kepada mereka kehinaan.” Maka umat yang mula takut dan meninggalkan jihad akan ditimpa kehinaan sehina-hinanya. Kalian akan ditertawakan musuh, dijual oleh sekutu, dan dibunuh oleh tangan-tangan yang pernah kalian suapkan kekuatan.

Jika kalian tidak menolong Gaza kerana agama, maka tolonglah kerana akal. Jika tidak kerana aqidah, maka kerana maslahat. Musuh kepada musuhmu adalah sahabatmu, apatah lagi jika dia saudaramu seagama. Demi Allah, jika perlawanan Gaza tumbang na‘ūzu billāh, giliran kalian akan tiba. Kalian akan melihat anak-anak, wanita-wanita, dan tanah kalian menjadi medan darah. Saat itu, penyesalan tiada guna.

Jangan tertipu dengan janji damai Zionis. Mereka bukan bangsa yang tahu erti kesetiaan, bukan kaum yang tahu amanah, tetapi pewaris sejarah pengkhianat. Mereka kaum yang membunuh para nabi dan terus berniaga seolah-olah tiada dosa:

قُتِلَ ٱلَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِٱلْقِسْطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٢١﴾ أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَـٰلُهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ

“Mereka membunuh para nabi yang menyeru kepada keadilan di kalangan manusia. Maka khabarkanlah kepada mereka azab yang pedih. Mereka itulah yang gugur amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan tiada penolong bagi mereka.”

(Surah Āli ‘Imrān: 21-22)

Mereka membelah Nabi Zakaria dengan gergaji dan mempersembahkan kepala Nabi Yahya sebagai mas kahwin pelacur:

“فَأَخَذُوا زَكَرِيَّا فَوَضَعُوهُ فِي جَوْفِ الشَّجَرَةِ، ثُمَّ نَشَرُوهُ حَتَّى قَطَعُوهُ، وَقَتَلُوا يَحْيَى بْنَ زَكَرِيَّا، وَقَدَّمُوا رَأْسَهُ إِلَى بَغِيٍّ كَانَ قَدْ زَنَى بِهَا أَحَدُ الْمُلُوكِ.”

“Mereka menangkap Zakaria dan meletakkannya dalam pohon, lalu mereka membelahnya dengan gergaji. Mereka juga membunuh Yahya bin Zakaria dan mempersembahkan kepalanya kepada seorang pelacur sebagai hadiah oleh raja yang berzina dengannya.”

(Tafsir Ibn Kathir)

Mereka menyalakan fitnah antara Aus dan Khazraj:

Rasulullah SAW bersabda:

“إن الشيطان قد أيس أن يعبده المصلون في جزيرة العرب ولكن في التحريش بينهم”

“Sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk disembah oleh orang yang solat di Jazirah Arab, tetapi dia akan menimbulkan permusuhan di antara mereka.”

(HR Muslim)

Firman Allah:

“وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءًۭ فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًۭا”

“Dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah menyatukan antara hati-hati kamu, maka kamu menjadi saudara dengan nikmat-Nya.”

(Surah Āli ‘Imrān: 103)

Bani Qaynuqa’ si pengkhianat, Bani Nadhir si penipu, dan penduduk Khaibar si pelanggar janji:

عن ابن عباس قال: “كان بنو قينقاع أول يهود نقضوا العهد مع رسول الله صلى الله عليه وسلم بعد بدر”

“Ibnu Abbas berkata: Bani Qaynuqa’ adalah kaum Yahudi pertama yang melanggar perjanjian dengan Rasulullah SAW selepas Perang Badar.”

(Al-Bukhari dan al-Tabari)

“هُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَـٰرِكُمْ وَرَسُولَهُۥٓ وَهُمْ بَدَءُوٓا۟ بِكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ”

“Mereka itulah yang telah kafir dan mengusirmu dari tanah airmu serta mengusir Rasul, dan merekalah yang memulakan peperangan terhadapmu pertama kali.”

(Surah al-Mumtahanah: 9)

Mengenai Khaibar:

“نَقَضُوا ٱلْعَهْدَ فَجَعَلْنَا ٱللَّهُ عَلَيْهِمُ ٱلنَّكِيلَ”

“Mereka melanggar perjanjian, maka Allah menimpakan kepada mereka hukuman yang berat.”

(Mafhum dari kisah pembukaan Khaibar al-Sirah)

Wahai umat, jika kamu enggan berjuang bersama saudaramu, bersedialah untuk diperangi suatu hari nanti dengan tangan kamu sendiri. Jika kamu tidak mahu menyelamatkan darah Gaza, ketahuilah, akan tiba masanya kamu terjaga dan mendapati darah kamu sendiri mengalir di jalanan:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَقُولَ زُورًا، أَوْ أَغْشَى فُجُورًا، وَقَدْ بَلَّغْتُ مَا عَلَيَّ، وَإِلَيْكَ الْمَآبُ

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari berkata dusta, atau menutupi kebatilan, dan aku telah menyampaikan apa yang menjadi tanggungjawabku. Dan kepada-Mu jua tempat kembaliku.”

DATUK DR AHMAD MARZUK SHAARY 
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa – HARAKAHDAILY 17/4/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!