RM110,500 insentif atlet cemerlang Para SUKMA

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan insentif berjumlah RM110,500 kepada atlet cemerlang kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan yang beraksi dalam Temasya Para SUKMA ke-21 di Sarawak tahun lalu.

- Advertisement -

Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhammad pada satu majlis khas.

Menurut Zamakhshari, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM85,000 diberikan kepada atlet yang menunjukkan kecemerlangan, manakala RM25,500 disalurkan kepada pegawai pengiring.

“Kontinjen Para SUKMA Kelantan berjaya membawa pulang 15 pingat emas, 11 perak dan 17 gangsa, sekali gus menduduki tempat keenam daripada 15 kontinjen yang bertanding.

“Kejayaan ini bukan hanya milik individu, tetapi hasil usaha bersama seluruh pasukan, termasuk atlet, jurulatih, pengurus serta pegawai yang bekerja keras memastikan kejayaan ini,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus menyokong pembangunan sukan, khususnya atlet para, bagi memastikan Kelantan terus melakar kejayaan di peringkat lebih tinggi. – HARAKAHDAILY 20/2/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!