Menteri Besar Perlis santuni peniaga bazar Ramadan

- Advertisement -

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengambil peluang menyantuni peniaga di bazar Ramadan bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), petang semalam.

- Advertisement -

Beliau turut mengedarkan kurma dan membeli juadah berbuka di situ.

“Petang tadi saya turun ke bazar Ramadan kawasan Kangar yang terletak bersebelahan Kompleks DUN untuk edaran kurma dan membeli juadah berbuka,” katanya dalam laman media sosialnya, hari ini.

Beliau sempat bergurau dengan peniaga mi kolok dari Sarawak kerana makanan dari negeri itu memang tidak asing lagi bagi dirinya. (Foto atas)

Sebelum terjun ke dunia politik, beliau pernah menjadi guru di Sarawak sebelum pindah ke Perlis.

Terdapat enam bazar Ramadan di Perlis iaitu Persiaran Wawasan Kangar; Dataran Niaga Arau; Taman Kemajuan; Kuala Perlis dan Jalan Besar, Padang Besar serta Kompleks Bazar Jejawi. – HARAKAHDAILY 15/3/2024

- Advertisement -