Persekolahan sesi baru: Ibu bapa bakal terbeban

- Advertisement -

KOTA BHARU: Keluarga berpendapatan rendah dan anak ramai bakal berkira-kira untuk menempuh sesi persekolahan baru yang dijangka akan bermula pada awal Mac depan.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketika sama umat Islam akan menjalani ibadah puasa dengan harga barang dan kelengkapan sekolah semakin mahal.

Beliau berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan jika kejatuhan Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) tidak ditangani sewajarnya oleh kerajaan.

“Buka sekolah nanti ni, susah ni. Beg sekolah sampai RM25 sebiji RM30 sebiji, saya fikir kerajaan kena kawal sebab berkaitan pendidikan.

“Pendidikan ini benda wajib, tetapi kos nak belajar dan daftar sekarang ini boleh cecah beribu-ribu,” katanya pada Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menjelaskan kebergantungan negara terhadap bahan import terlalu tinggi bukan sahaja makanan harian masyarakat tetapi bahan mentah.

Sedangkan beliau berkata, negara mempunyai kawasan pertanian yang luas untuk diusahakan bagi menghasilkan bahan mentah, tetapi masih lagi bergantung kepada luar.

Dalam isu penghasilan beras negara, masih menjual beras putih yang diimport dari negara pengeluar padi sedangkan penanaman padi terus diusahakan oleh petani tempatan.

Sehingga kini RM1 bersamaan USD4.78 dan SGD3.57 yang menyebabkan kesempitan tersebut akan ditanggung oleh rakyat berpendapatan rendah. 

“Beli beg kasut sekolah harga semakin naik. Pasal apa kerana kita banyak bergantung kepada barangan import. Bila duit kita jatuh, harga barang jadi naik.

“Barang banyak tu, harga di sana serupa sahaja, THB10 hari tu RM10 juga, cuma THB10 sekarang sudah jadi RM12 doh RM13 hari tu contohnya begitu,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/2/2024

- Advertisement -