As Sabiqun berjaya miliki pejabat sendiri

- Advertisement -

SIMPANG RENGGAM: Pengerusi As Sabiqun PAS Pusat, Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed bangga dengan pencapaian As Sabiqun PAS Johor yang berjaya mempunyai pejabat sendiri.

- Advertisement -

Katanya, pejabat As Sabiqun Johor itu hasil infaq daripada Bendahari As Sabiqun Johor, Hajah Atiah Ahmad.

Menurut beliau pejabat tersebut berada di tingkat tiga Bangunan Abdul Hamid, di Simpang Renggam.

“Pejabat As Sabiqun ini hasil infaq Hajah Atiah bersama keluarganya. Bangunan Abdul Hamid itu sebenarnya sudah lama diinfaqkan kepada perjuangan Islam sejak Atiah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Johor,” katanya ketika merasmikan pejabat As Sabiqun, kelmarin.

Beliau berharap As Sabiqun dan As Sabiqat negeri Johor dapat manfaatkan pejabat tersebut untuk memajukan lagi perjalanan As Sabiqun.

“As Sabiqun mula diadakan pada tahun 2014 dan aktif sejak 2017. As Sabiqun adalah golongan yang mengikut jejak para Nabi.

“Saya harap kita semua terus istiqamah dalam perjuangan Islam melalui wadah PAS. Kita ahli PAS beruntung kerana berada di landasan yang betul,” ujarnya.

Turut meraikan perasmian pejabat As Sabiqun Ketua As Sabiqat, Hajah Fatimah Ismail; Pengarah Pilihan Raya As Sabiqun Pusat, Dr Wan Nik Wan Yusof; Setiausaha As Sabiqun Pusat, Haji Mohamad Noor Mohamad dan Pengerusi As Sabiqun negeri-negeri. – HARAKAHDAILY 8/2/2024

- Advertisement -