Penduduk di kawasan rendah perlu sentiasa waspada

Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hasan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, mengingatkan rakyat di negeri ini sentiasa berhati-hati khususnya mereka yang tinggal di kawasan rendah dan mudah ditenggelami air.

- Advertisement -

Katanya, empat jajahan iaitu Gua Musang, Pasir, Puteh, Kuala Krai dan Pasir Mas dijangka dilanda banjir secara berperingkat bermula pukul 10 pagi tadi hingga esok, sebagaimana  kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini.

Menurutnya, Kelantan sekali lagi dilanda banjir di mana Jajahan Pasir Putih menjadi kawasan pertama berlaku pemindahan pada gelombang keempat sejak mula dilanda hujan empat hari lalu.

“Untuk itu, kita menyeru semua penduduk di empat jajahan terlibat sentiasa berhati-hati, jangan leka serta ikuti sentiasa arahan pihak pasukan keselamatan,” ujarnya.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Kelantan agak meningkat petang ini apabila seramai 399 orang dari 131 keluarga dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Dua PPS dalam Jajahan Pasir Putih, manakala satu lagi PPS di Chenulang, Kuala Krai, yang merupakan jajahan baru dilanda banjir di Kelantan. – HARAKAHDAILY 25/1/2024

- Advertisement -