Peniaga makanan diingat tidak ambil kesempatan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Peniaga makanan di Kelantan khususnya yang pernah tular di media sosial diingatkan tidak mengambil kesempatan untuk mengenakan harga yang tinggi sepanjang Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Kamarudin Md Nor berkata, Kelantan dikenali sebagai syurga makanan, tentu sahaja akan menjadi pilihan pelancong.

Katanya, ramai pelancong yang datang ke negeri itu semata-mata untuk menikmati makanan, terutamanya pernah tular di media sosial.

Namun menurutnya beliau ada menerima maklum balas daripada pengunjung mengatakan terdapat sesetengah premis makanan mengenakan harga yang agak tinggi.

“Jika ini berlaku, ia memberi gambaran imej tidak baik kepada negeri kita. Untuk mengatasi masalah ini kerajaan negeri bersama TIC akan berjumpa dengan beberapa pengusaha makanan.

“Sesi perjumpaan itu akan diadakan minggu hadapan untuk membincangkan perkara tersebut,” katanya pada pada sidang media dan sembang santai bersama Exco Pelancongan malam tadi.

Turut hadir Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan, Mohd Zaki Ismail, pengusaha-pengusaha hotel dan hotel bajet. – HARAKAHDAILY 23/1/2024

- Advertisement -