PAS masa depan politik Malaysia

- Advertisement -

KUANTAN: “Apa yang sedang berlaku di Palestin perlahan-lahan sedang mengubah dunia,” kata Ketua Penerangan PAS Pahang, Aireroshairi Roslan.

- Advertisement -

Kata beliau, yang pasti negara-negara yang kononnya memperjuangkan demokrasi hanyalah menggunakan konsep tersebut bagi mengekang kebangkitan Islam sehinggakan negara-negara majoriti Muslim lebih demokrasi berbanding negara yang kononnya mencetuskan konsep tersebut.

Aireroshairi Roslan

“Iraq, Tunisia, Mesir, Palestin, Indonesia, Malaysia dan beberapa negara majoriti Muslim yang telah dan sedang merasa tekanan politik luar dan dalam apabila benih-benih Islam mula tumbuh sebagai parti politik dan semakin diterima oleh rakyat.

“Menang melalui pilihan raya, tetapi kemudian dijatuhkan dengan pelbagai cara kotor.

“Umat Islam mencintai keamanan dan kedamaian, tetapi mereka yang berkepentingan merasa terancam dengan akhlak muslim yang sentiasa memperjuangkan kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan di hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Ujarnya, di Malaysia, PAS tidak pernah menyembunyikan matlamat perjuangannya setelah ditubuhkan pada tahun 1951.

“Memperjuangkan untuk wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

“Kerana matlamat ini, tidak sedikit harga yang dibayar oleh pejuang-pejuang PAS bermula 6 dekad yang lalu.

“Tetapi oleh kerana PAS memilih jalan muwajahah silmiyah (jalan damai), segala tekanan dan ketidakadilan pihak musuh politik PAS ditangani menggunakan jalan damai sehingga musuh politik PAS hilang cara untuk melabel PAS dengan persepsi-persepsi buruk. Ekstremis, Taliban, pengganas, apa lagi yang tidak cuba dikaitkan dengan PAS?” soalnya.

Beliau berkata, hari ini PAS menjadi parti yang paling berpengaruh di Malaysia walaupun belum cukup untuk memerintah Malaysia.

“Hari ini majoriti Muslim yang selama ini ditanam dengan pelbagai persepsi buruk terhadap PAS telah membuka mata melihat kemampuan PAS dalam mentadbir.

“PAS yakin, non-Muslim juga akan menerima PAS tidak lama lagi untuk memerintah Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, kaedah PAS menerang dengan fakta dan bukan menyerang telah menghasilkan kejayaan kepada rakyat muslim, dan ia akan memberi kesan yang sama kepada non-Muslim insya-Allah.

“Selari dengan perubahan geopolitik dunia geopolitik Malaysia juga sedang berubah. Sementara pihak lawan sedang rakus menunjukkan kekejaman mereka, Islam hadir dengan penuh kasih sayang tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

“Rakyat sedang menanti penyelamat yang akan memperjuangkan nasib mereka dan PAS merupakan pilihan terbaik buat rakyat Pahang dan Malaysia. PAS masa depan politik Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/1/2024

- Advertisement -