15 Adun PAS terus menabur bakti

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, PRU15 telah setahun berlalu, PRU yang telah melakar sejarah perjuangan PAS Pahang dengan menyaksikan 15 ADUN PAS menang dan 2 rakan dari Bersatu turut menang menjadikan jumlah kami di dalam PERIKATAN NASIONAL seramai 17 orang.

- Advertisement -

Jumlah kemenangan ini menjadikan buat kali pertama BN tidak dapat membentuk kerajaan sendiri, memaksa mereka bergabung dengan PH untuk membentuk kerajaan.

Sebagai Pesuruhjaya antara tugasan saya ialah sentiasa memantau gerakerja yang dilakukan oleh rakan-rakan ADUN yang lain terutama bagi mereka yang baru pertama kali menang.

Saya sangat memahami jerih payahnya untuk berkhidmat dalam keadaan tiada peruntukan, namun saya, YB DS Tuan Ibrahim dan YB Andansura yang terlebih dahulu merasakan kesusahan ini sentiasa memberikan semangat kepada semua ADUN untuk sentiasa berusaha memerah keringat dan akal bagi mempastikan khidmat tetap ditaburkan walaupun tanpa peruntukan yang sewajarnya.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Pahang Ke-15 bertitah supaya ADUN pembangkang juga diberikan peruntukan secara adil, hati saya berbunga, penuh harapan agar kami turut mendapat peruntukan sesuai dengan titah tersebut, agar adik-adik ADUN yang baru tidak merasai kesusahan sebagaimana kami rasakan dahulu, namun ianya tidak berlaku sebagaimana yang diharapkan.

Namun Alhamdulillah saya menyaksikan rakan-rakan ADUN tetap menabur bakti kepada masyarakat, mencurah keringat, berkongsi duka bersama masyarakat dengan apa jua kemampuan yang dimiliki.

Semua ADUN sentiasa mendampingi masyarakat, membantu tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik, inilah antara sebab PAS semakin mendapat sokongan masyarakat walaupun mereka tahu bahawa ADUN PAS tidak mendapat peruntukan dan tidak dapat membantu mereka sepenuhnya.

Tahniah kepada semua ADUN, yang kian kental dengan keperitan ini,  InsyaAllah kita akan terus bekerja, merempuh segala cabaran di hadapan, sederap kita menuju matlamat PRU 16 iaitu “PAS Teraju Pahang’.

سيروا على بركة الله

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang – HARAKAHDAILY 7/1/2024

- Advertisement -