Jumlah penghuni penjara mengikut kapasiti sebenar

Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu kesesakan di penjara yang dikatakan agak meruncing berlaku di Malaysia menarik perhatian Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah penghuni penjara mengikut kapasiti sebenar jumlah penghuni di setiap penjara dan berapakah peratusan jumlah banduan baharu serta yang telah selesai menjalani hukuman.

Ahli-ahli Dewan Negara daripada PAS, Bersatu dan Gerakan yang mengemukakan soalan pada Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, hari ini sebagaimana di bawah.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Sumber Manusia menyatakan perancangan Kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing bagi subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, pekerja tekstil dan tukang emas.

Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan perbezaan Skim Insurans Takaful Agromakanan dan Skim Takaful Tanaman Padi dalam membantu melindungi kebajikan para petani dengan mengambil kira cuaca global yang ekstrem dan tidak menentu akhir-akhir ini.

Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Ekonomi menyatakan peruntukan khusus di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) dalam penyelarasan agenda pembasmian kemiskinan di seluruh negeri Kedah.       

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah penghuni penjara mengikut kapasiti sebenar jumlah penghuni di setiap penjara dan berapakah peratusan jumlah banduan baharu serta yang telah selesai menjalani hukuman.

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Pertahanan menyatakan hasrat Kerajaan untuk menambah bilangan angkatan tentera tetap, simpanan dan sukarela sebagai persediaan pertahanan negara menghadapi situasi luar jangka.

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan pencapaian dalam membekalkan bekalan air di luar bandar, menaik taraf jalan di kampung dan desa, memasang dan menyelenggara lampu jalan kampung di negeri Terengganu sejak tahun 2018 sehingga sekarang.

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Komunikasi Dan Digital menyatakan jumlah sekatan yang dikenakan terhadap berita portal dan stesen televisyen yang digantung lesen dan operasi pada tahun 2018, 2019, 2020, 2021, 2022 dan 2023.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan sejauh mana Dasar Mineral Negara yang dirangka bergerak selari dengan Dasar Perhutanan Negara dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan bagi memelihara alam sekitar, hidupan liar dan Orang Asli.

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah kualiti dalam proses pembinaan jalan dan kerenah birokrasi dalam penyaluran peruntukan.

Tuan Musoddak bin Ahmad minta Perdana Menteri menyatakan strategi bagi memperkukuh penyediaan makanan halal di restoran dan kedai-kedai makan berikutan peningkatan kes-kes kedai makan yang tiada sijil halal sejak kebelakangan ini.

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Pendidikan menyatakan pendirian Kementerian untuk menambah peruntukan kepada sekolah vernakular dan sekolah agama swasta.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menambah kursus perguruan di universiti tempatan khususnya di Sarawak untuk mengisi keperluan di negeri tersebut.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan:-

(a) pada tahap manakah pembangunan ladang solar di Malaysia dan berapakah jumlah pengguna teknologi solar bagi pengguna domestik; dan

(b) apakah perancangan Kerajaan untuk menggalakkan pengguna menggunakan tenaga solar.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) justifikasi pelaksanaan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara terperinci; dan

(b) peranan akaun tersebut dalam meringankan beban kewangan rakyat memandangkan ia tidak akan menerima jumlah dividen yang sama seperti Akaun 1 dan 2.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan ulasan Kementerian terhadap isu kenaikan yuran perkhidmatan Universiti Malaya (UM) untuk sesi akademik yang baru dan apakah mekanisme yang sedia ada yang diambil oleh Kementerian dalam mengawal yuran pengajian dan perkhidmatan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) supaya ia tidak membebankan pelajar.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan oleh Kementerian kepada sekolah vernakular bagi tahun 2023 dan yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2024. – HARAKAHDAILY 6/12/2023

- Advertisement -