Pengundian PRK Kemaman lancar, cuaca tidak menentu

- Advertisement -

KEMAMAN: Proses mengundi di beberapa lokasi pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berjalan lancar walaupun cuaca tidak menentu.

- Advertisement -

Di DUN Kemasik, Sekolah Kebangsaan (SK) Kerteh pengundi sudah mula menunggu di pintu pagar seawal 7.30 pagi untuk menjalankan tanggjawab.

Manakala di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh pula pada pukul 9 pagi dilihat kereta mulai memenuhi tempat yang disediakan sehingga ada yang meletakkan kenderaan mereka di tepi bahu jalan dengan kawalan pihak berkuasa.

Pada lawatan calon PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL PRK Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isterinya sempat beramah mesra bersama pengundi termasuk golongan orang kelainan upaya (OKU) di pusat pengudian. (foto atas)

Dalam masa Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar turut mengambil kesempatan melawat khemah semakan pengundi PAS dan parti lawan sebelum beredar ke tempat selanjutnya.

Sebanyak 49 pusat mengundi dan 244 saluran dibuka pada hari ini untuk tujuan pengundian.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menggunakan khidmat seramai 2,102 orang petugas bagi proses pengundian.

Pusat pengundian dibuka 8 pagi membabitkan empat kawasan Dewan Undangan Negeri di Parlimen berkenaan iaitu Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih, yang akan ditutup pada 6 petang ini sebaik tamat tempoh mengundi.

Daftar pemilih yang digunakan pada PRK itu ialah yang dikemaskini sehingga 3 Oktober lalu dengan jumlah 141,790 pemilih.

Dalam pada itu, SPR mengumumkan 27 peratus pengundi telah keluar mengundi sehingga jam 11.00 pagi. – HARAKAHDAILY 2/12/2023

- Advertisement -