Kaji perjanjian konsesi lebuh raya, kurangkan 18% kadar tol

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyatakan langkah-langkah dalam mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik dengan pencapaian pengurangan 18 peratus kadar tol.

- Advertisement -

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi soalan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, pengurangan 18 peratus kadar tol itu bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) termasuk Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2).

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan hari ini sebagaimana di bawah.

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah-langkah segera yang telah diambil secara tegas dan holistik bagi menangan isu penjualan benih padi sah yang begitu menekan para pesawah mutakhir ini yang pastinya akan menjejaskan hasil pengeluaran padi dan kadar sara diri (SSR) beras negara.

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan pencapaian program Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sehingga kini dan apakah pendekatan terkini yang diambil dalam meningkatkan pencarum bagi kedua skim tersebut.

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan garis panduan yang diguna pakai di semua IPTA dan IPTS yang melibatkan penganjuran konsert-konsert di kampus sama ada artis dalam negeri atau luar negara.

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Kerja Raya menyatakan langkah-langkah Kerajaan dalam mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik dengan pencapaian pengurangan 18% kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) termasuk Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2).

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sejauh mana perkembangan dan usaha Kementerian untuk melibatkan pemain industri dalam menjayakan program TVET.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan berapa ramaikah pelajar SPM dan STPM baru-baru ini yang berjaya memasuki institut pengajian tinggi awam dan apakah jurusan yang paling mendapat sambutan.

Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi menyediakan jeti baharu bagi bot nelayan laut dan nelayan sungai di kawasan Kuantan susulan notis pengosongan beberapa jeti sedia ada bagi pelaksanaan projek tebatan banjir.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Ekonomi menyatakan langkah Kerajaan dalam memastikan inisiatif peralihan tenaga negara kalis masa depan seperti bebas pencemaran, akses yang inklusif kepada semua rakyat dan terlindung daripada ketidaktentuan pasaran tenaga.

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah untuk meningkatkan produktiviti petani padi termasuk penglibatan petani muda dalam industri seiring dengan insentif subsidi yang disalurkan.

Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan status terkini pelaksanaan projek Ternakan Ayam Pedaging Sistem Bertutup oleh FELCRA yang bernilai RM20 juta di Kampung Kubang Palas, Padang Terap yang sepatutnya dijadualkan pada Oktober 2023.

Tuan  Haji  Mohd  Misbahul  Munir  bin  Masduki  [Parit Buntar] minta Menteri  Pertanian  Dan  Keterjaminan  Makanan  menyatakan tindakan Kerajaan bagi membantu 452 petani di Parit Buntar yang terjejas akibat hasil padi tidak dapat dituai kerana masalah tanah jerlus.

Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan untuk melihat semula keperluan mendesak laluan sungai bagi masyarakat di pedalaman terutamanya masyarakat Orang Asli Gerik yang terpaksa berjalan kaki jauh sekiranya musim kemarau tiba kerana hakisan tanah kesan pembalakan menyebabkan paras air menjadi cetek.

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan faktor utama yang menghalang peningkatan signifikan Kadar Sara Diri (SSL) bagi beras di negara ini memandangkan kebanyakan pengeksport utama beras di seluruh dunia kini mengehadkan bekalan mereka.

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dicapai dalam meningkatkan jumlah pendaratan hasil laut di Melaka yang telah merosot dengan begitu ketara dimana pada tahun 2022 hanya berjumlah 1,997 tan metrik berbanding 5 tahun yang lalu berjumlah hampir 4,100 tan metrik.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta  Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  Dan   Perubahan Iklim menyatakan perancangan projek tebatan banjir dan permohonan RM70 juta oleh Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Larut Matang dan Selama (LMS) dengan kerjasama Pusat Khidmat P059 Parlimen Bukit Gantang bagi mengatasi masalah banjir di Bukit Gantang. Apakah usaha Kementerian dalam memperbaiki sistem takungan di kawasan lombong dan saliran di Kurnia Jaya, Ayer Kuning, Taman Pengkalan Makmur dan Batu 14 Trong.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta    Menteri    Pertanian    Dan    Keterjaminan    Makanan menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam memastikan harga beras import di pasaran kembali turun di bawah paras RM38.00/10 kilogram dan   beras   tempatan   kekal   RM26.00/10   kilogram.   Adakah   Kerajaan bercadang menghapuskan monopoli beras negara oleh BERNAS kepada pengusaha-pengusaha beras yang lain.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri  Pertanian  Dan  Keterjaminan  Makanan  menyatakan langkah drastik, jangka pendek dan panjang pihak Kementerian untuk mengawal harga benih padi yang semakin membebankan, dan bagaimana Kementerian mahu membantu meringankan beban pesawah di seluruh negara yang mengalami masalah benih ini.

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri  Pertanian  Dan  Keterjaminan  Makanan  menyatakan sama ada terdapat usaha mencatu atau mengawal penjualan beras tempatan kepada warga asing yang berada di Malaysia. Hal ini, memandangkan terdapat aduan monopoli pembelian oleh warga asing ke atas produk ini.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan kesediaan Malaysia membangunkan industry mineral daripada aspek teknologi dan tenaga mahir.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan status dan perkembangan berkaitan cadangan penubuhan Suruhanjaya Gig Malaysia (SEGiM) dalam membela pelbagai pihak termasuklah pengendali, pekerja dan pengguna.

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah pantas pihak Kementerian terhadap luahan para petani terhadap ketidakseragaman penyelarasan antara agensi di bawah Kementerian sehingga menjadi antara faktor utama kekurangan bekalan beras di dalam negara.

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan adakah projek pengawalan hakisan akan dilaksana di kawasan Tanjung Dawai khususnya Kampung Huma kerana hakisan yang berlaku di kampung tersebut semakin parah dan mengancam keselamatan penduduk. – HARAKAHDAILY 16/11/2023

- Advertisement -