Mereka mahu jadikan perundangan Syariah itu tempang

- Advertisement -

PROGRAM solidariti mempertahankan perundangan syariah bukan milik sesiapa, tetapi majlis himpunan ini adalah milik mereka yang menyintai perundangan syariah. 

Apabila mengimbas semula sejarah pelaksanaan perundangan tersebut, terang lagi bersuluh bahawa Undang-undang Syariah telah pun dikuatkuasakan di seluruh negara sejak Islam mula menapak di tanah ini ribuan tahun dahulu.

Namun mutakhir kini, terdapat individu atau kumpulan tertentu yang cuba untuk mencabar peruntukan-peruntukan tertentu di dalam perundangan syariah, dan akhirnya membuatkan Undang-undang Syariah itu tempang. 

Situasi ini amat menggerunkan pencinta syariah.

Justeru, jom nyatakan ketegasan umat menerusi kehadiran semua ke Himpunan Selamatkan Syariah di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 20 November 2023. Jumpa di sana.

Siruu ‘ala barakatillah..
Allahuakbar

DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURRAZI – HARAKAHDAILY 15/11/2023 

- Advertisement -
- Advertisement -