Tidak demokrasi, sokong PM baru dapat peruntukan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) menyifatkan tindakan ahli parlimen pembangkang perlu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan peruntukan adalah tidak bertepatan dengan demokrasi.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, dalam suatu kenyataan pada 13 Oktober lalu, laporan mengatakan bahawa ahli parlimen pembangkang boleh memohon peruntukan dalam bentuk projek dengan mengisi borang, perlu menyatakan juga sebab permohonan itu dibuat.

- Advertisement -

“Jadi ke manakah projek itu boleh dilaksanakan atau dimohon. Sebab.. kalau kita merujuk kepada peruntukan ahli pembangkang saya tengok.. saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Labuan, Dato’ Indera Dr Suhaili Abdul Rahman dalam TikToknya menyebut, semalam beliau telah diluluskan peruntukan untuk kawasannya.

“Setelah beliau menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, beliau pun diberikan peruntukan. Adakah seolah-olah, nak kena nyatakan sokongan terlebih dahulu.. barulah kita dapat peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Ekonomi, Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut berkata, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku di kalangan ahli parlimen pembangkang terutamanya kerana tidak tepat dengan hasrat ataupun demokrasi yang telah julang selama ini. – HARAKAHDAILY 8/11/2023

- Advertisement -