AJK Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2023-2025 dibentuk

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sesi 2023/2025 telah dibentuk, kata setiausahanya, Dr Nurul Hani Ali.

Menurutnya, pembentukan ahli jawatankuasa itu berdasarkan Perlembagaan PAS, Fasal 68.

Beliau berkata, DMPP membariskan gabungan pelbagai latar belakang pendidikan dan bidang kepakaran meliputi golongan agamawan, ahli politik, teknokrat dan usahawan.

“Semoga gabungan daripada pelbagai latar belakang ini akan menjadikan Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2023/2025 lebih cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh jemaah.

“Tahniah dan syabas diucapkan,” ujarnya dalam kenyataan media, hari ini.

- Advertisement -

Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Malaysia sesi 2023-2025

Ketua/Lajnah Politik Dan Pilihan Raya
Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh

Timbalan Ketua/Lajnah Pemerkasaan Parti
Dr Rosni binti Adam

Naib Ketua / Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan
YB Salamiah binti Mohd Nor

Setiausaha
Dr Nurul Hani binti Ali (Lantikan)

Bendahari
Dr Mardhiyah Hayati binti Salleh (Dipilih)

Ketua Penerangan / Lajnah Penerangan Dan Media Baharu
YB Dr Najihatussalehah binti Ahmad (Dipilih)

Pengarah Pilihan Raya
Puan Norazlin binti Md Samsudin (Lantikan)

Penolong Setiausaha 1
Saudari Mardhiah Hayati binti Zolkeplai (Lantikan)

Penolong Setiausaha 2
Saudari Huda binti Nordin (Lantikan)

Pengarah Strategik Dan Pengurusan Risiko
Ustazah Wan Hasrina binti Wan Hassan (Dipilih)

Lajnah Hubungan Antarabangsa
YB Dato’ Mumtaz binti Md Nawi (Dipilih)

Lajnah Hal Ehwal Parlimen Dan Dun
YB Dato’ Siti Ashah binti Ghazali (Dipilih)

Lajnah Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial
Dr ‘Uyun binti Abdul Malek (Dipilih)

Lajnah Hal Ehwal Pekerja, Modal Insan, Konsumer Dan Kepenggunaan
Dr Salmah binti Abd Rahman (Lantikan)

Lajnah Hubungan NGO Dan Seranta
Puan Nur Jaslina binti Shafawi (Lantikan)

Lajnah Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim
YB Zuraida binti Md Noor (Dipilih)

Lajnah Kesihatan
Dr Reen binti Mohd Amin (Dipilih)

Lajnah Pembangunan Tanah Dan Wilayah
Puan Siti Rohaya binti Ahad (Lantikan)

Lajnah Dakwah
Puan Noraini binti Hussin (Dipilih)

Lajnah Pendidikan Dan Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA)
Dr Ustazah Wahibah binti Twahir (Dipilih)

Lajnah Pembangunan Insan Dan Kerukunan Keluarga
Ustazah Asmak binti Husin (Dipilih)

Lajnah Kebudayaan, Kesenian Dan Rekreasi
Saudari Nuri binti Muhammad (Lantikan)

Lajnah Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Puan Norhafiza binti Fadzil (Dipilih)

Lajnah Perpaduan Nasional
YB Dr Ustazah Siti Mastura binti Muhammad (Lantikan)

Lajnah Ameerah
YB Mardhiyyah binti Johari (Lantikan)

Lajnah Briged Muslimat
Dr Safinatunnajah binti Ibrahim (Lantikan)

Lajnah Nusaibah
Ustazah Laila Farhana binti Awang Bakar (Lantikan)

Pengarah-Pengarah Jabatan/Kelab

Jabatan Muslimat Legal Team (Muslet)
Puan Fairuz binti Idris

Jabatan Penyelidikan Dan Arkib
Puan Dayangku Huda binti Ahmad

Jabatan Pembangunan Pelajar Dan Mahasiswi
Puan Tasneem binti Zainol

Jabatan Muslimat Profesional
Dr Siti Aminah binti Muhammad Imran

Jabatan Teknologi Maklumat Dan Data Raya
Puan Nurul Ashidah binti Johari

Jabatan Tasti
Puan Rahsidah binti Arbain

Kelab As-Sabiqat
Puan Khadijah binti Mahmud – HARAKAHDAILY 4/11/2023

- Advertisement -